Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Belanjawan 2019 Disemak Jika...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya akan menyemak Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah...

Nota Paling ‘Makan Dalam’...

Apakah perkara paling DIBENCI semua pemandu apabila pergi ke tempat yang susah nak...

Ekonomi Harakiri Malaysia

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) amat bimbang dengan keadaan ekonomi semasa Malaysia...

2 Pemancing Selamat Selepas...

LABUAN - Dua pemancing bersabung nyawa hampir sembilan jam apabila bot gentian kaca...

Cadang Hukuman Makan Dadah Sampai Mati

JAKARTA – Selepas mencadangkan agar penjara dikawal oleh buaya, harimau dan ikan pirana, Agensi Antidadah Indonesia kini merancang mengenakan hukuman mati yang lebih ekstrem kepada pengedar dadah.

Jurucakap agensi kebangsaan tersebut, Slamet Pribadi berkata, antara hukuman yang dicadangkan itu termasuklah pesalah dipaksa memakan dadah yang cuba diedar mereka hingga mati.

“Kami mencadangkan pelaksanaan hukuman ini bagi mengatasi masalah berkaitan dadah yang semakin berleluasa di seluruh Indonesia.

“Kami perlu serius kerana dadah adalah musuh utama kami,” katanya kepada stesen penyiaran Al Jazeera.

Menurutnya, cadangan berkenaan akan mengukuhkan lagi undang-undang antidadah negara Asia tenggara itu.

Indonesia antara negara mempunyai undang-undang antidadah yang tegas dan mereka yang didapati bersalah mengedar atau menyeludup dadah boleh dihukum tembak mati.


Jurucakap polis, Hendro Pandowo pula memberitahu, peperangan bagi membasmi dadah berlaku di mana-mana.

“Dadah perlu dibersihkan dari lorong dan jalan di Jakarta malah ia perlu dibanteras di seluruh negara,” katanya.

Menurut pihak berkuasa, terdapat kira-kira 4.5 juta penagih dadah di Indonesia dengan 33 orang mati setiap hari kerana mengambil dadah berlebihan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori