SELEBRITI Caitlyn Jenner diumumkan sebagai muka baharu bagi kempen pengiklanan pakaian sukan jenama popular dari Sweden, H&M.
Caitlyn yang dahulunya Bruce Jenner dan merupakan bekas juara Olimpik, dipaparkan gambarnya menggayakan pakaian sukan jenama itu sambil bersilang kaki menerusi akaun sosial Instagram miliknya.
Mempunyai seramai 6.3 juta pengikut, Caitlyn menulis, “Backstage with H&M. Can’t wait to show you more of this inspiring and amazing campaign! (tak sabar nak tunjukkan koleksi menarik H&M).”
Bapa kepada model popular Kendall Jenner itu membuat pembedahan penukaran jantina tahun lalu yang menggemparkan seluruh dunia.
Bruce yang juga membuat penampilan dalam siri realiti Keeping Up with The Kardashians tampil mendedahkan diri baharunya pada September tahun lalu yang mana dia kini mahu dikenali dengan nama Caitlyn. – MYNEWSHUB.CC