SARIPAH Raziah atau lebih dikenali dengan nama Ifa Raziah mengakui dirinya ‘hanyut’ dengan watak yang memerlukannya untuk bertudung dalam sebuah drama terbaharu lakonannya.
“Saya jarang dapat watak yang baik-baik, selalunya watak jahat. Saya teruja dengan watak yang diberikan pada kali ini,” ujar Ifa.
Ifa turut memuatnaik gambarnya bertudung di akaun Instagram lantas menerima pujian dan reaksi positif pengikut yang rata-rata mendoakan dia akan menutup aurat tidak lama lagi.
Apabila ditanya soal penghijrahan untuk terus mengenakan tudung selepas ini Ifa menjawab: “Saya tak boleh nak jawab dengan tepat soalan seperti itu. Insya-Allah, doakan yang terbaik untuk saya.” – MYNEWSHUB.CC