BEIJING – Kerajaan China bertegas telah mengharamkan sebarang tayangan yang mengandungi unsur LGBT termasuk aksi hubungan sejenis/gay menerusi kaca televisyen.
Ini kerana mereka merasakan kandungan cerita atau drama yang mengandungi unsur sedemikian adalah tidak bermoral serta merosakkan akhlak penduduk di negara terbabit.
Menurut peraturan terbaharu itu, ia mengatakan, “tiada sebarang drama tv yang menayangkan kehidupan seksual luar biasa seperti sumbang mahram, hubungan sejenis, serangan seksual, penderaan seksual dan sebagainya”.
Pihak produksi drama juga digalakkan menerbitkan kisah-kisah yang hanya diluluskan kerajaan seperti budaya tradisional masyarakat China selain menyebarkan unsur-unsur positif dalam karya yang diilhamkan mereka.
Kebanyakan penduduk di China beranggapan peraturan baharu itu sebagai salah satu diskriminasi terhadap hak asasi mereka sebagai rakyat di tanah besar itu. – MYNEWSHUB.CC