Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sampai ‘Tergolek’ Bawa Pesakit,...

PETALING JAYA – Siapa tidak tersentuh melihat pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan...

Jangkitan Influenza: Pemain JDT...

KUALA LUMPUR - Seramai 17 pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)...

1 Maut, 6 Cedera...

COPENHAGEN - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan enam lagi cedera dalam dua kejadian tembakan...

Budak Lelaki Mati Lemas...

JOHOR BAHRU - Kegembiraan seorang bapa menyambut cuti Deepavali bersama-sama keluarganya bertukar pilu...

Cuaca Panas: Esok Keputusan Sama Ada Sekolah Ditutup

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan esok sama ada sekolah di kawasan tertentu akan ditutup atau tidak akibat cuaca panas melampau, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata kementeriannya sedang memantau keadaan suhu panas melampau itu dan semalam pihaknya mendapati di Kedah dan Perlis suhu mencapai 39.2 darjah Celsius.

“Hari ini kita akan tengok keadaan suhu di Kedah dan Perlis macam mana dan esok kita akan buat keputusan sama ada sekolah di kawasan tertentu yang perlu ditutup sekiranya suhu terus meningkat melebihi 39 darjah Celsius dan tiada tanda ia menurun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pengetua dan guru besar sekolah negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mahdzir berkata sebuah jawatankuasa khas peringkat kementeriannya yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof akan mengkaji dan membuat keputusan berhubung penutupan sekolah itu.

Beliau berkata kementeriannya juga mendapat maklumat dari semasa ke semasa mengenai perkembangan suhu panas melampau itu dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan supaya semua aktiviti di luar bilik darjah dihentikan berikutan cuaca panas melampau itu.

Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh fenomena El Nino dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan itu hanya akan berakhir pada Mei atau Jun, dengan suhu dijangka paling panas hari ini kerana fenomena ekuinoks.


Ditanya perkembangan penyelesaian masalah guru yang berjauhan dengan pasangan masing-masing, Mahdzir berkata pihaknya menangani masalah itu secara berperingkat iaitu pada tahun lepas pihaknya telah menyelesaikan masalah membabitkan 2,000 guru manakala sehingga bulan ini seramai 560 guru.

Beliau berkata pihaknya telah menerima 7,000 permohonan pertukaran daripada guru yang ingin tinggal berdekatan dengan pasangan masing-masing.

Mengenai calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 bagi penggal 2 bermula Mei ini dan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Julai ini dilarang memakai atau membawa masuk jam tangan ke dewan peperiksaan, Mahdzir berkata beliau akan mendapatkan laporan berhubung perkara itu daripada Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Dr Jamil Adimin.

Semalam, Dr Jamil dilaporkan berkata larangan membawa atau memakai jam tangan ke dewan dan semasa menduduki peperiksaan bertujuan mencegah kes salah laku dalam kalangan calon. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori