Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bakti Sumbang RM95,000 Kepada...

KUALA LUMPUR - Biarpun hampir seminggu sambutan Tahun Baharu Cina berlalu, namun ia...

Banjir Di Perak Beransur...

Ipoh : Keadaan banjir di Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada...

Pengurusan Masjid Jangan Kedekut...

KUALA TERENGGANU - Pihak pengurusan masjid di seluruh negeri dinasihatkan supaya tidak kedekut...

Shuib Kongsi Berita Gembira,...

ALHAMDULILLAH.. semakin bahagia dan murah rezeki pelawak, Shuib Sepahtu dan juga isterinya yang...

Cuaca Panas, Powerbank Meletup Dalam Kereta Di Penang

SEORANG lelaki warga emas terkejut apabila ‘powerbank’ yang ditinggalkan dalam keretanya meletup hingga mengakibatkan bahagian dalam kenderaannya terbakar.

Bagaimanapun Tan Heng Swee, 72, bersyukur apabila dia dan isteri, Alice Tan, 67, terselamat daripada sebarang kecederaan kerana tidak berada dalam kereta jenis Proton itu, ketika kejadian berlaku.

Heng Swee dan isteri, sedang makan tengah hari di sebuah restoran berdekatan bangunan Old Frees Association di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Pulau Pinang apabila pekerja di tempat letak kereta bergegas mendapatkan mereka.

1917057_641508455991621_5204105196626679779_n powerbank10373819_641508479324952_3016015580274202451_n

“Pekerja tempat letak kereta memberitahu terdapat asap berkepul dari kereta saya. Saya terus mencapai pemadam dan ke sana memadamkan api. Saya dapati kebakaran berpunca daripada powerbank.

“Cuaca panas telah menyebabkan berlakunya letupan kecil. Nasib baik, tiada siapa yang cedera. Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan mana-mana alat elektrik atau powerbank dalam kenderaan mereka,” katanya.


Sebelum ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah mendedahkan terdapat beberapa jenis powerbank dibuat menggunakan bateri murah dan boleh meletup dengan mudah dan menyebabkan kebakaran. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori