Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

10 Ekor Lembu Cuba...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 10 ekor...

Polis Tahan 2 Individu,...

GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang menahan dua lagi individu warga Myanmar termasuk seorang...

Setuju Laksana Koridor Perjalanan

JAKARTA: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan satu koridor perjalanan antara kedua-dua negara...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa yang dipindahkan akibat banjir di Terengganu pagi ini...

Cuaca Panas Sekarang Diramal Kembali Normal Pada Jun

KUALA LUMPUR – Cuaca panas yang dialami sekarang diramal kembali normal pada bulan Jun, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail.

Beliau berkata ini berkutan fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca menjadi panas dijangka kembali normal mulai bulan itu.

El Nino yang dikesan pada bulan Disember tahun lalu hingga Januari lepas, didapati mula menurun dan dijangka terus menjadi lemah, katanya kepada Bernama.

Che Gayah berkata peralihan monsun pada bulan April ini juga dijangka akan mengurangkan kesan cuaca panas kerana hujan dan ribut petir diramal kerap berlaku terutama pada waktu petang.

“Namun walaupun El Nino berada dalam keadaan neutral mulai bulan Jun, tetapi negara akan mengalami musim kering semasa monsun barat daya dari bulan Mei hingga September,” katanya.


El Nino merupakan fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik kawasan Khatulistiwa yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun.

Fenomena El Nino kuat yang pernah melanda negara ialah pada tahun 1997/1998 dengan suhu tertinggi dicatatkan pada 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori