Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Paip Bocor Faktor Peningkatan...

BUTTERWORTH - Paip bocor dan pemasangan paip yang tidak menepati prosedur merupakan antara...

Al-Sultan Abdullah Pendiam, Tidak...

PEKAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dipilih sebagai...

Selenggara Bangunan Berusia Ikut...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan pengurusan...

QZ8501: Misi Pencarian Disambung...

JAKARTA - Operasi pencarian pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia memasuki hari kelima hari ini...

Cuba Politik Kes Aminulrasyid Di Twitter, Tony Pua Disiasat

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung catatan di akaun Twitternya semalam mengenai satu keputusan mahkamah.

Beliau berkata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu dipercayai sengaja memutarbelitkan fakta kes mahkamah membabitkan kematian Aminulrasyid Amzah bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

PCIRC@PDRMsia. Tweet ini sengaja memutarbelitkan fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Panggil orang ini dan siasat,” kata Khalid dalam catatan terbarunya di Twitter.

Pua dalam akaun Twitternya antara lain memberi komen tentang kes kematian remaja lelaki itu dan turut memuat naik artikel berita bertajukIGP refuses to apologise to Aminulrasyid’s family’.

Khamis lepas, keluarga Aminulrasyid, remaja lelaki yang mati terkena tembakan seorang anggota polis enam tahun lepas, menerima ganti rugi berjumlah RM414,800 selepas Mahkamah Tinggi di Shah Alam membenarkan tuntutan saman dikemukakan mereka terhadap polis dan kerajaan.


Dalam saman itu, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 67, dan kakak sulung Aminulrasyid, Nor Azura, 46, selaku plaintif menamakan Koperal Jenain Subi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, bekas Ketua Polis Selangor, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Saman sivil itu difailkan bagi menuntut ganti rugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori