Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tarikh PRK DUN Rantau...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 75 orang pagi ini...

Berhati-Hati Keluar Kenyataan Mengenai...

KUALA NERANG - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa semua pihak agar...

Najib Diperkenan Menghadap TMJ,...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menghadap...

Cuepacs Mahu Penjawat Awam Tinggal Di Kuarters Tidak Dikenakan Potongan ITP

MIRI – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda mahu pemotongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dihentikan sekiranya kerajaan tidak mampu menyelenggara kuarters tersebut.

“Saya cadangkan guna konsep sewa dengan kadar yang rendah. Ini lebih adil kerana ianya membolehkan penjawat awam menyelenggara sendiri kuarters dengan menggunakan wang ITP,” katanya.

Beliau diminta mengulas rungutan penjawat awam di sini yang kuarters mereka duduki uzur dan tiada penyelenggaraan dibuat ekoran tiada peruntukan.

Azih berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan.

Penjawat awam kini menerima imbuhan ITP antara RM300 hingga RM3,000 bergantung kepada gred jawatan dan lokasi kediaman mereka, tetapi pada kadar 25 peratus bagi yang menduduki kuarters. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori