SIAPA sangka di sebalik berita gembira yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, namun tersirat kisah duka di sebalik kelahiran anak pertamanya itu baru-baru ini.
Begitulah dugaan hebat yang menimpa Elly, 36; atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dan berasal dari Slim River, Perak.
Elly mengesahkan sudah bercerai daripada suaminya, Azmi Hatta dengan talak satu sekitar tahun lalu. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada November 2014 yang lalu.
Bagaimanapun, Elly memberitahu bahawa hubungannya dengan bekas suaminya itu akan kekal baik demi anak perempuan yang baharu dilahirkan itu.
Elly namun berkata, dia enggan menjelaskan punca perpisahan terjadi dan meminta orang ramai serta pihak media menghormati keputusan pedih tersebut.
Menurut sebuah portal akhbar online, Elly enggan memdedahkan punca perceraian tersebut demi menjaga aib suami yang pernah hadir dalam hidupnya dan menjadi salah seorang daripada insan tersayang bagi dirinya.
Pelantun lagu Ku Berkasih Pada Yang Tiada selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat rawatan di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
Kami mendoakan semoga Elly tabah menghadapi ujian dari-Nya dan anak yang lahir menjadi seorang yang solehah. – MYNEWSHUB.CC