Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Ambik Kredit Kejayaan...

Berikut penulisan dipetik pada FB Najib RazakSEMALAM, PM8 umum syarikat Microsoft akan membina...

Anak Mangsa Kemalangan Di...

ALOR SETAR - Seorang anak pasangan guru yang maut di Alor Punti, Pendang,...

Aktiviti Pendakian Gunung Kinabalu...

KERAJAAN negeri Sabah memutuskan sebarang aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu perlu dihentikan buat sementara...

Ingkar PKP, Kompaun RM1,000...

PUTRAJAYA - Jumlah kompaun bagi pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih kekal...

Dari Wira Bertukar Kepada Kaki Pukul Perempuan

Lelaki ini digambarkan sebagai `wira’ oleh media di China kerana menjaga teman wanitanya dengan penuh kasih sayang ketika dia koma dan turut membelanjakan wang sebanyak £21,690 untuk rawatannya.

Namun sebaik sahaja wanita itu, Lin Yingying sedar dari koma, dia telah memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa lelaki itu, Liu Fenghe telah memukulnya sehingga tidak sedarkan diri.

Pendedahan itu amat mengejutkan ramai.

Lin tidak sedarkan diri pada September 2014 dan sejak itu Liu telah menjaganya di hospital. Dia berikrar untuk terus berada bersama wanita itu meskipun dia tidak lagi hidup seperti insan normal yang lain.

Walaupun Liu berulang kali ditanya bagaimana Lin boleh mengalami kecederaan di kepala, namun Liu keberatan untuk menjawabnya.

kekasih


Doktor memaklumkan kecederaan yang dialami oleh Lin umpama terjatuh dari tingkat lima bangunan.
Januari lalu Lin dibawa pulang oleh Liu ke rumah mereka dan ketika itu dia masih uzur. Pada masa sama keluarganya juga dihalang daripada bertemu Lin.

Hinggalah pada Februari lalu, apabila keluarganya membawa Lin pulang ke rumah mereka, barulah Lin mendedahkan bahawa dia dipukul dengan kuali di kepala hanya disebabkan dia secara tidak sengaja menyebabkan roti yang dibakar menjadi hangus.

Pasangan itu mempunyai sebuah kedai kek. Lin dapat mengingati saat dia jatuh ke lantai dan Liu menghubungi ambulans.

Polis kini sedang menyiasat dakwaan Lin itu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori