Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ugutan Terhadap KPN Tidak...

KUALA PERLIS - Yayasan Pengaman Malaysia berpendirian bahawa ugutan bunuh oleh kumpulan Anak...

6 Pemain Skuad B-13...

PERSEMBAHAN cemerlang skuad pembangunan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) pada Kejohanan...

Showcase Tahunan Medium Pelajar...

KULIM - Kolej Komuniti Kulim yakin penganjuran Showcase Pelajar Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan...

DBKL Rampas Unit PA...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak merampas unit Perumahan...

Deklarasi Rakyat: Tun M Mahu Kembalikan Rejim ISA, Diktator

KUALA LUMPUR – Mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat membuat lawak terhebat tahun ini apabila menandatangani satu deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’.

Bersama-sama dengan bekas pemimpin kanan negara, tokoh pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan, ia bakal menyaksikan Malaysia kembali kepada era ‘kezaliman’ pemerintahan keras ala diktator kejam.

Deklarasi aneh dan penuh jenaka itu ditandatangani kononnya bagi beri tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera letak jawatan tetapi langsung tidak pula sebut siapakah bakal penggantinya itu.

Ada penganalisis politik tempatan melihat deklarasi itu mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO sebagai pengganti Najib, dan bukan Anwar Ibrahim, musuh ketat Mahathir sendiri.

Namun ada juga pengamat siasah tanah air menyindir program itu konon dinamakan Selamatkan Malaysia sepatutnya lebih kepada Selamatkan Mahathir setelah berasa malu dengan imej Najib lebih positif akhir-akhir ini.

Lawatan Perdana Menteri selama empat hari ke Arab Saudi sejak 29 Februari lalu turut ‘padam’ mulut Mahathir yang sering lempar tohmah jahat konon dana RM2.6 bilion diterima Najib adalah penyelewengan akaun 1MDB.

Negarawan itu enggan percaya penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bahawa dana itu memang daripada almarhum Raja Abdullah dan lawatan Najib ke Arab Saudi membuktikan hubungan istimewa dua negara Islam itu.

Berbalik kepada Deklarasi Rakyat, meskipun Mahathir mendakwa ia konon daripada rakyat Malaysia dan beliau datang sebagai rakyat tanpa mewakili mana-mana parti, kenyataan ganjil itu lebih bersifat propaganda murahan.

Ia mengandungi 36 perkara itu ada empat permintaan utama antaranya singkir Najib sebagai perdana menteri sah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong konon tanpa melalui kekerasan dan undang-undang yang dibenarkan negara.

Peliknya, Mahathir sendiri sanggup hadiri demonstrasi haram Bersih 4.0 bagi guling Najib secara paksa pada Ogos tahun lalu walhal selama pemerintahan beliau, pasukan polis dikerah ‘hancurkan’ tunjuk perasaan antikerajaan.

Pada masa sama deklarasi lucu itu mahu singkir semua orang yang bekerjasama dengan Najib sekali gus meliputi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz yang diketahui ‘akrab’ perdana menteri berbanding Mahathir sendiri.

dek2

DSC_8559

dek3


Selain itu, paling dahsyat deklarasi ini mahu memansuhkan semua undang-undang dan perjanjian dibuat baru-baru ini konon melanggar hak-hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan pilihan dasar.

Ini bermakna Malaysia bakal mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan Najib bagi mewujudkan akta baharu lebih sepadu iaitu POTA dan SOSMA untuk mengekang ancaman militan.

Untuk rekod, semasa 22 tahun pemerintahan Mahathir, ratusan tokoh pembangkang ditahan di bawah ISA yang amat dikecam pemimpin antikerajaan sehingga beliau diberi gelaran Mahazalim, Mahafiraun dan diktator jahat.

Kelicikan Mahathir juga berjaya ‘tutup mulut’ rakyat apabila dua dekad memerintah negara, beliau perketat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1982 yang dengan tegas mengharamkan langsung banyak akhbar propembangkang.

Di bawah Deklarasi Rakyat, ia juga bermaksud Malaysia ‘keluar’ daripada TPPA, sekali gus ribuan kilang asing di Pulau Pinang dan Selangor akan ‘hijrah’ ke negara lain serta jutaan pekerja tempatan bakal hilang pendapatan.

Lucunya deklarasi itu konon mahu mengembalikan integriti institusi tertentu yang didakwa dilemahkan, iaitu PDRM, SPRM, BNM dan PAC sehingga terlupa itulah juga pernah dibuat Mahathir malah jauh lebih dahsyat.

Deklarasi tersebut yang disifatkan sebagai aneh, pelik, janggal dan caca marba akhirnya ditandatangani Mahathir dengan 58 individu berprofil tinggi lain antaranya Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

Turut serta ialah mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid; bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik, serta bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir ialah penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub.

PAS pula yang disingkirkan daripada menjadi sekutu Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat dibubarkan tahun lalu memutuskan enggan hadir, kecuali Datuk Mustapha Ali dan Datuk Mahfuz Omar yang diketahui pro-Pakatan.

Turut kelihatan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini ialah aktivis politik Hishamuddin Rais, Ambiga Sreenivasan, Maria Chin, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Datuk A. Kadir Jasin. – Mynewshub.cc/HAA

Baca: Tun M Jadi Bodoh Hina Tok Arab Bodoh Derma RM2b

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori