Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Eva Jean Boden Nama...

PELAKON dan hos cantik, Elaine Daly selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, semalam.Berkongsi khabar...

5 Ditahan, Polis Rampas...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis...

Serik Menunggu, Bimbang Terlewat,...

PORT DICKSON ā€“ Enggan menunggu lama untuk mengundi seperti yang dialami pada Pilihan...

Pengasas QuadrigaCX Mati Bersama...

PUSAT pertukaran kriptowang Kanada, QuadrigaCX mungkin berdepan masalah besar selepas pengasasnya, Gerald Cotten,...

Denggi: Terengganu Catat 11 Kematian Setakat Ini

DUNGUN – Kes kematian akibat demam denggi di Terengganu terus mencatat peningkatan dengan 11 mangsa dilaporkan maut dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohamad Omar berkata kematian kesembilan berlaku pada 24 Feb lalu melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun dari Ladang, Kuala Terengganu diikuti seorang wanita berusia 37 tahun dari Jalan Kenanga, juga di Kuala Terengganu.

“Kematian terbaharu pula direkodkan semalam yang berlaku di Dungun melibatkan seorang suri rumah berusia 43 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Penyayang Jabatan Kesihatan di Majlis Perbandaran Dungun di sini Selasa.

Kuala Terengganu mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu tujuh kes dan masing-masing satu di Besut, Kuala Nerus, Marang dan Dungun.

Beliau berkata sebanyak 1,127 kes denggi telah dilaporkan di seluruh negeri setakat semalam dan ia adalah peningkatan 240 peratus atau 775 kes berbanding hanya 332 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Bagaimanapun, situasi denggi di Terengganu telah menunjukkan penurunan beberapa minggu kebelakangan ini iaitu antara lima hingga 15 kes denggi sahaja setiap hari berbanding 30 hingga 40 kes denggi sehari pada pertengahan Januari lepas.


“Lokaliti wabak aktif juga kini mencatat penurunan iaitu 19 kawasan berbanding 40 lokaliti pada pertengahan Januari lalu.

“Daripada jumlah itu, 14 lokaliti adalah wabak terkawal, satu lokaliti wabak tidak terkawal iaitu di Kampung Gong Penaga dan empat lokaliti kawasan panas iaitu Flat Polis Padang Hiliran, Kondo Rakyat Kuala Ibai, Lorong Bakti dan Lorong Kembangan Batu Buruk,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar terus menjaga kebersihan di dalam dan luar rumah mereka serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kawasan rumah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Fa-F7u-de1o[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori