MENERUSI hasil kajian yang yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sempena Hari Kegembiraan Sedunia yang bakal disambut Ahad ini, menunjukkan Denmark mendahului carta negara yang paling bahagia di dunia.
Laporan Kegembiraan Dunia 2016 itu bertujuan mengukur kegembiraan sebagai cara menjadikan masyarakat lebih sihat dan cekap.
Switzerland berada di belakang Denmark manakala negara Syria dan Burundi dicatatkan sebagai negara yang paling tidak gembira.
Malaysia berada di kedudukan ke-47 sekali gus memperbaiki kedudukannya pada tahun lepas yang berada di tangga ke-61.
PBB mula menerbitkan Laporan Kegembiraan Dunia bermula pada tahun 2012 dan tahun lepas Iceland mendahului carta negara paling gembira dunia. – MYNEWSHUB.CC