DI ZAMAN laman sosial berleluasa, sesebuah cerita boleh menjadi viral tanpa mendengar terlebih dahulu cerita daripada pihak yang dituduh.
Inilah yang terjadi kepada pelakon Diana Danielle apabila difitnah seseorang yang secara curi-curi mengambil gambar aktres itu ketika sedang menjamu selera dengan kawannya sebelum dimuat naik di Facebook dengan status tidak benar.
Status tersebut mendakwa, Diana memperlekehkan kanak-kanak tahfiz yang berjualan di sebuah tempat makan.
‘Berang’ dengan tuduhan melulu itu, Diana tampil menyangkal kebenaran cerita tersebut dan mengatakan dia menjadi mangsa fitnah.
Malah daripada gambar yang dikongsikan pun dapat dilihat kedudukan Diana dengan perakam gambar terlalu jauh untuk didengar apa sebenarnya yang dibualkan.
Pada masa sama, tindakan Diana memaafkan individu yang memfitnahnya itu juga harus diberikan pujian.
Moralnya, hati-hatilah bila mahu berkongsi cerita tidak sahih.
Terdapat banyak manusia di zaman ini berselindung di balik niat kononnya mahu memberi nasihat agama padahal sedang melakukan dosa yang lebih besar daripada membunuh. – MYNEWSHUB.CC