DICERCA ‘next top neraka’, peserta dari Malaysia yang terpilih di antara 14 finalis program realiti pencarian model, Asia’s Next Top Model musim keempat, Nooraini Mohd Noor atau Tuti tidak melatah dengan pelbagai kecaman yang dilemparkan terhadapnya.
Tuti Peserta Asia’s Next Top Model Dicerca Next Top Neraka
Sebaliknya, menerusi laporan stesen BBC, Tuti menyatakan bahawa dia menghormati pendapat semua pihak mengenai penyertaannya itu.
“Setiap orang yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza dan saya tidak boleh mengawalnya. Saya menghormati pandangan dan pendapat semua orang,” katanya.
Tuti teruk dikecam kerana seperti yang diketahui program tersebut memerlukan pesertanya untuk mendedahkan’ tubuh mereka untuk tontonan umum.
Anak Melayu Wakili Malaysia Dalam Asia’s Next Top Model
Sebagai seorang yang beragama Islam, Tuti dikecam kerana menyertai pertandingan tersebut yang diinspirasikan daripada program America’s Next Top Model yang dihoskan supermodel Tyra Banks.
“Saya tidak suka untuk melabel apa-apa. Saya adalah sebahagian daripada warganegara dunia. Apa yang memisahkan kita bukan warna kulit atau agama. Ini adalah peluang,” ujarnya lagi.
Akan terus mengejar impiannya, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata dia akan terus melakukan yang terbaik dalam pertandingan itu.
Asia’s Next Top Model musim keempat bakal memulakan siaran pada 9 Mac ini, jam 9 malam di saluran Star World (711). – MYNEWSHUB.CC
Hishhh apalah kerja org yg ngutuk tuti ni. Ulamak bersetuju dgn manusia wajib menutup aurat. Tetapi ada pelbagai pendapat. Ada ulamak berkata menutup kemaluan sahaja yg aurat. Menutup dada yg terbelah. Ada yg kata rambut juga aurat. Islam adalah ugama universal. Tuti bukannya tak pakai baju. Move on. Tak perlu lah nak kutuk tuti. Seksi? Yg pakai tudung pun seksi juga. Mata biru. Hijau . Seksi apa. Tudung lap lip. Lagi seksi juga. Model pakaian muslimah tu yg jln catwalk..sama je mcm tuti.
Tak de bezanya dgn model muslimah yg jln catwalk. Berpakaian ada seperti yg dikatakan ulamak. Seksi, ? Model muslimah n tuti tak de bezanya. Move on…