Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PKR Pertaruhkan Kerusi Terbanyak...

KUALA LUMPUR - PKR bakal mempertaruhkan kerusi Parlimen paling banyak pada Pilihan Raya...

Meizu M1 Note Mula...

BLUEƃā€šĆ‚Ā Kor, pengedar rasmi Meizu di Malaysiaƃā€šĆ‚Ā mengumumkan jualan Meizu M1 Note akan dibuka pada...

Kisah Gimnas Eli Dan...

SIAPA sangka di sebalik ketangkasan tubuh lembut selaku seorang gimnas kebangsaan, Nur Eli...

PAS Jamin Himpunan RUU...

MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari iniĀ memberi jaminan Himpunan...

Disangka Ahli Perniagaan, Pengawal Peribadi Parah Ditembak

SEPANG – Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang, malam tadi.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian 8.45 malam itu, pengawal peribadi berkenaan yang memandu kereta jenis Mercedes Benz, didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

Beliau berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa dan ahli perniagaan itu dalam perjalanan menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan, dihantar ke Hospital Putrajaya, untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal yang dijalankan polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek, kata jurucakap itu.


Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.

Tinjauan Bernama di Hospital Putrajaya mendapati mangsa sedang dirawat di zon kritikal dan dikawal rapi oleh polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori