Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Pistol: Siasatan Mendapati...

JOHOR BAHRU - Hasil siasatan pihak polis mendapati pemain bola sepak Johor Darul...

Sekolah Aliran Inggeris ‘Sukar’...

KUALA LUMPUR - Walaupun terdapat permintaan yang semakin meningkat supaya sekolah aliran Inggeris...

Dagangan Dua Hala Malaysia-Britain...

KUALA LUMPUR - Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Britain tidak terganggu selepas...

Rihanna Dikecam Edit Gambar...

TIDAK dinafikan memang kebelakangan ini bintang pop antarabangsa, Rihanna kelihatan lebih berisi daripada...

Doakan Mahathir Supaya Tidak Pentingkan Diri

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad terlupa kepentingan parti adalah lebih penting berbanding kepentingan dirinya.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Mahathir turut terlupa kepentingan UMNO lebih penting berbanding anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Justeru, beliau menyeru seluruh ahli UMNO supaya mendoakan Mahathir supaya dilembutkan hati untuk menyedari kesilapannya.

“Marilah kita doakan agar Tun M (Mahathir) diberi kesihatan, taufik dan hidayat Allah S.W.T.

“Doakan lembut hatinya untuk melihat KESILAPAN BESARNYA BERSEKONGKOL dengan musuh parti yang selama ini dia ajar supaya kita menentangnya,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Annuar bagaimanapun mengingatkan ahli UMNO supaya tidak berkasar dengan Mahathir disebabkan tindakannya yang menjejaskan UMNO.

Menurutnya, ahli UMNO juga diminta jangan berlaku tidak sopan ke atas Mahathir yang mementingkan diri.


“Memadai dengan kita beramai-ramai bersatu menolak syor dan hasutannya.Dengan itu dia akan sedar BAHAWA UMNO ITU LEBIH PENTING DARI MUKHRIZ ATAU DIRINYA,” katanya.

Mahathir menjalin kerjasama dengan DAP dan beberapa parti pembangkang lain dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak demokratik.

Tindakan Mahathir itu dilihat ramai pihak sebagai misi balas dendam beliau ke atas Najib kerana enggan tunduk kepada permintaannya selama ini.

Perbuatan Mahathir yang membahayakan UMNO itu juga dilihat berpunca daripada penyingkiran anaknya, Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori