Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Sanggup Bedah Untuk...

SEORANG lelaki yang berusia 32 tahun ini sanggup menjalani pembedahan plastik semata-mata untuk...

Penipuan Besar Dalam Pemilihan?...

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR kini berada di persimpangan dilema menjelang kongres kebangsaan...

Aplikasi Aman Teknologi Nuklear...

PUTRAJAYA - Malaysia selaku anggota Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menikmati perkongsian manfaat...

Tiada Kelulusan Khas Program...

PUTRAJAYA : Mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 1 Januari tahun ini...

Dokumentari Stesen TV Australia Berniat Jahat – KPN

JOHOR BAHRU – Dokumentari 4 Corners yang disiarkan stesen televisyen Australian Broadcasting Corporation (ABC) pada Isnin disifatkan berbentuk dendam dan mempunyai agenda memburukkan Malaysia di mata dunia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dokumentari tersebut nyata sengaja mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak konon terpalit dengan pelbagai skandal pembunuhan dan rasuah berprofil tinggi.

Sebaliknya ujar beliau lagi, semua dakwaan yang disiarkan menerusi dokumentari itu sebenarnya sudah dijelaskan kepada umum oleh pihak polis dan Peguam Negara sendiri, sekali gus ia tidak sepatutnya dibangkitkan kembali.

“Saya sudah melihat dokumentari stesen ABC itu dan ia (4 Corners) memaparkan balas dendam selepas dua wartawannya ditahan polis ketika merempuh sekatan keselamatan Perdana Menteri di Sarawak,” baru-baru ini.

four

Linton Besser dan jurukamera ABC, Louie Eroglu bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah tanpa sebarang dakwaan sebelum diusir keluar negara ini namun masih dibenarkan memasuki Malaysia sebagai pelancong.

“Polis sudah beberapa kali menjelaskan pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi dan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais, tidak ada kaitan dengan 1MDB,” katanya.


Khalid berkata demikian pada sidang media mengulas dokumentari 4 Corners bertajuk State of Fear selepas menghadiri persidangan agung persatuan di bawah Polis Diraja Malaysia ke-88 di Kulai dekat sini pada Rabu.

Dokumentari selama 44 minit itu antara lain memaparkan Besser sebagai wartawan rancangan 4 Corners yang turut mewawancara beberapa individu konon bagi mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Kevin dan Hussain.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori