Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PM Menghadap Agong Untuk...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan...

Sindiket Menyamar Pegawai Kanan...

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyamaran sebagai...

Pengambilalihan Splash Belum Dimuktamadkan

SHAH ALAM - Pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) masih belum...

MH17: Butiran Jenazah Dibawa...

PUTRAJAYA - Senarai nama 20 rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 yang akan dibawa...

Dr Mahathir Keluar Parti Tidak Jejaskan UMNO – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Tindakan bekas perdana menteri dan presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti itu tidak menjejaskan UMNO, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Tidak. Tiap-tiap bulan ada peningkatan keanggotaan dalam UMNO,” katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada tindakan keluar parti Dr Mahathir akan memberi kesan atau menjejaskan UMNO.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian selepas sesi perjumpaannya bersama 12 Anggota Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Menara Seri Wilayah di sini, hari ini.

Menurutnya beliau belum menerima surat pemakluman keluar parti daripada Dr Mahathir, yang mengumumkan berbuat demikian semalam.

Dr Mahathir, 90, mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada UMNO selepas pernah berbuat demikian pada 19 Mei 2008 ketika kepimpinan perdana menteri Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas mengenai sesi perjumpaan itu, Tengku Adnan berkata satu bengkel khusus melibatkan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan diadakan bagi membincangkan masalah perumahan di Kuala Lumpur.


Selain itu, isu lumba motosikal secara haram di ibu kota turut dibincangkan pada sesi perjumpaan lebih dua jam itu.

“Saya hendak selesaikan masalah ini daripada akar umbi dan satu caranya ialah memberi mereka ruang lakukan apa mereka minat. Kita tahu ada sindiket tertentu memperalatkan ‘mat motor’ dan menggunakan mereka melalui perjudian dan pertaruhan haram,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Adnan mencadangkan supaya litar perlumbaan motosikal disediakan di kawasan tertentu di ibu negara untuk anak muda yang minat berlumba.

Mengikut cadangan itu, jalan terbabit akan ditutup kepada laluan kereta selama beberapa jam bagi memberi pilihan kepada anak muda melakukan aktiviti perlumbaan secara sah berbanding secara haram seperti sekarang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ZmVHgU6L4Eg[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori