Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Operasi SAR Kru Kapal...

KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru kapal 'FMSUV FOS...

Pemuzik Hamilkan Wanita, Dimohon...

SEORANG wanita tampil bagi menuntut pemuzik sebuah kumpulan rock segera menunaikan janji dan...

Mangsa Tak Turun Walaupun...

KUALA LUMPUR - Seorang mangsa yang terselamat dalam kebakaran tragis pusat tahfiz Darul...

Somalia Beri Amaran Bakal...

MOGADISHU - Somalia kini mengalami kemarau terburuk yang pernah direkodkan sejak beberapa dekad,...

Dr M Perlu Ikut Proses Demokrasi Jika Ingin Tukar Pentadbiran

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengikut proses demokrasi negara ini dan menunggu pilihan raya umum akan datang, sejajar dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan, sekiranya ingin menukar pentadbiran dan perdana menteri, kata seorang jurucakap kerajaan.

Jurucakap itu berkata kerajaan masa kini, yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah kerajaan yang sah di sisi undang-undang dan dipilih rakyat pada 2013.

“Mekanisme untuk menukar kerajaan dan perdana menteri sudah sedia ada. Ia dikenali sebagai pilihan raya umum.

“Dan, ia adalah satu-satunya mekanisme yang sah di sisi undang-udang, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan sidang akhbar bersama yang diketuai Dr Mahathir hari ini, yang antara lain, menggesa Najib berundur.


Jurucakap itu berkata sidang akhbar berkenaan, yang turut dihadiri bekas musuh Dr Mahathir, mempamerkan keadaan mereka yang begitu terdesak dan menebalnya sifat oportunisme mereka dalam politik.

“Hari ini, Tun Mahathir dan bekas musuh beliau telah mempamerkan oportunisme dan keadaan terdesak mereka dalam politik,” kata jurucakap itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori