Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Anak Ke-14 Juga Lelaki...

TIGA belas anak lelaki dan kini pasangan suami isteri ini mempunyai anak yang...

Permohonan Untuk Reman Boy...

BUKIT MERTAJAM - Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan polis untuk...

Hos No. 1 Negara,...

SEPERTI kita tahu Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Hj Nawawi merupakan...

Video: Perempuan Bergaduh Lagi.....

KES bergaduh yang melibat beberapa wanita di Kelantan sebelum ini baru sahaja mahu...

Dua Buruh Didakwa Edar Dadah

KANGAR – Dua buruh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kangar, hari ini atas tuduhan mengedar dadah heroin dan monoacetylmorphine seberat 17.7 gram, tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Farouk Mohd Salleh, 22, dan Umar Ramli, 20, yang menghadapi tuduhan bersama didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Raja Syed Alwi, Seberang Tambang, Kangar pada 11.05 pagi 29 September tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mengangguk faham dan meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Abu Bakar menetapkan 7 April hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori