Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Baju Mandi Daripada Beg...

KALAU dilihat trend yang pelik di kalangan anak muda di Taiwan atau sekutunya...

Pemain Bebas Perlu Faham...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria...

Lady Gaga Dirakam Beli...

ALBUM terbaharu Lady Gaga bertajuk Joanne secara rasminya sudah berada di pasaran sejak beberapa...

AirAsia Bukan Pilihan Terbaik...

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad bukan pihak terbaik untuk menyelamatkan Malaysia Airlines Berhad...

Eizlan Yusof Tertekan Isu Bekas Isteri Dan Zizan Razak

AKTOR Datuk Eizlan Yusof mengakui dirinya masih trauma dengan perpisahannya bekas isteri, Vie Shantie Harun malah hatinya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana wanita lain.

“Tipu kalau saya cakap tiada wanita yang cuba dekati saya buat masa ini. Kalau mereka datang sebagai kawan, ya saya akan layan. Tetapi kalau lain macam sahaja caranya, saya akan jauhkan diri”

“Jujur saya katakan, parut akibat luka perpisahan ini masih belum habis sepenuhnya. Masih terbayang-bayang bagaimana keadaan itu membuat hidup saya seperti orang gila.”

zizan-seperti-biasa-menafikan-gosip-antara-dia-dan-vie-shantie

“Waktu itu perniagaan saya sedang berdepan dengan beberapa masalah, perpisahan itu benar-benar membuatkan situasi menjadi lebih teruk.”


Eizlan juga memberitahu dirinya berasa tertekan apabila bekas isterinya itu pula sering digosipkan keluar bersama dengan aktor komedi Zizan Razak.

“Ramai pihak seperti meia dan orang luar bertanyakan saya hal itu. Bila terlalu kerap ditanya, ia menjadi tekanan sedangkan perkara itu bukan urusan saya.

“Dia bukan lagi tanggungjawab saya, dan bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya rasa dah tiga kali saya mengutarakan hajat untuk rujuk kembali, tetapi tidak dapat sebarang respon. Jadi saya faham akan maksudnya”. - mynewshub.cc

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=wffptxtxqzE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori