Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Israel Sekat Bekalan Air...

BAITULMAQDIS: Umat Islam di Tebing Barat terpaksa menghadapi ujian getir semasa mengerjakan ibadah puasa...

Polis Tahan 2 Lelaki...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan dua lelaki ketika sedang menjalankan urus niaga menjual...

Mkini Gagal Cabar Akta...

MKINI Dotcom Sdn. Bhd. gagal mencabar Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang didakwa...

Beli Patung Pahlawan, Apa...

ADA sesetengah masyarakat kita, apabila duit sudah tinggi menggunung, mulalah datang idea tidak...

El Nino: Pengusaha Akuakultur Di Pahang Rugi RM4.6 Juta

KUALA LUMPUR – Seramai 215 pengusaha akuakultur di Pahang terpaksa menanggung kerugian RM4.6 juta kerana ternakan terjejas akibat fenomena El Nino yang sedang melanda negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata jumlah tersebut melibatkan 2,024 sangkar ikan air tawar dan kementerian akan membantu dengan memberi bantuan RM2,500 untuk mereka memulakan penternakan ikan sangkar ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah Muhamad Yusoff (PAS-Rantau Panjang).

Menjawab soalan asal Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang mahu tahu mengenai usaha dan rancangan kementerian bagi menggalakkan industri akuakultur di kawasan Jerantut, Tajuddin berkata pada ketika ini terdapat 165 penternak ikan air tawar di Jerantut yang menghasilkan 1,339 tan metrik ikan air tawar setahun dengan nilai RM20 juta.


Katanya, kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia melaksanakan pembangunan projek ternakan ikan air tawar secara kluster di Jerantut iaitu ternakan ikan sangkar, kolam dan tangki.

Bagi tahun 2016, beliau berkata kementerian turut akan membaik pulih 35 kolam terbiar, sistem saliran air masuk dan keluar kolam dan pusat pengumpulan hasil di Kampung Binjai dengan anggaran kos berjumlah RM485,000. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori