Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Ikan Tongkol Meningkat...

KUALA TERENGGANU - Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada Khamis ini, harga ikan...

Dituduh Salah Laku, Ramai...

SEORANG pemandu bas Rapid Penang meluah kekecewaannya menerusi media sosial ekoran dituduh melakukan salah...

Kurang 1,000 Syarikat Di...

KOTA KINABALU - Kastam Diraja Sabah sudah mengenal pasti kurang 1,000 syarikat yang...

Kes Bunuh Morais: Tertuduh...

KUALA LUMPUR — Perbicaraan hari pertama prosiding membela diri kes pembunuhan Timbalan Pendakwa...

6 Letupan Bom Di Pattani Malam Tadi, 5 Anggota Polis Cedera

PATTANI – Enam butir bom meletup di sekitar pekan Yaring di sini malam tadi, menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan di pekan itu selain mencederakan lima anggota polis yang sedang bertugas.

Ketua Polis Daerah Yaring Pol. Kol. Montree Khonwadmai berkata letupan bom itu berlaku sekitar 11 malam, di hadapan sebuah bank, pejabat koperasi, beberapa premis perniagaan dan rumah ketua kampung.

“Kelima-lima anggota polis terbabit cedera apabila sebutir bom diletak di hadapan rumah ketua kampung meletup ketika mereka sedang menjalankan tugas,” katanya hari ini dan menambah, kesemua mangsa mendapat rawatan di Hospital Pattani.

Sementara itu, penghuni yang tinggal dalam kedai runcit, Suprani Pechwilai, 66, berkata, beliau dan lima cucunya nyaris maut apabila premis didiaminya itu rosak teruk akibat dibom.


Anggota polis menyelamatkan mereka selepas kejadian itu, katanya.

Menurut Montree, pihak polis percaya 10 suspek terlibat dalam kejadian serangan bom itu tetapi akan menjalankan siasatan lebih lanjut termasuk mengenal pasti individu bertanggungjawab menerusi rakaman kamera litar tertutup. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori