Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

“Saya Tak Nak Kata...

PELAKON Izreen Azminda memberitahu adalah tidak menjadi kesalahan jika seorang lelaki yang sudah...

MCPF Sokong Babitkan Ibu...

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi...

UMNO Perlis Sokong Penuh...

KANGAR - UMNO Perlis menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Tertinggi (MT) memecat Tan Sri...

Agong Kurnia Sumbangan MAIWP...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Fafau Tak Kisah Tak Lagi Tercalon Pengacara Popular

ACARA berprestij Anugerah Berita Harian Bintang Popular ke 29 (ABPBH29) yang akan berlangsung Mei depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kian rancak dipromosikan.

ABPBH29-online_field_image_listing_featured.variant

Tema yang diketengahkan untuk tahun ini iaitu #RESPEK yang membawa maksud menghormati, menyanjung, mengiktiraf dan menghargai individu atau sesuatu perkara itu dianggap bertepatan dengan industri seni yang mahu karya penggiatnya diterima, dihargai dan dihormati.

Lebih 250 selebriti dan personaliti tanah air bersaing dalam 13 kategori utama selain calon yang tersenarai dalam Top 5 artis bagi setiap kategori, pada tahun ini.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kelainan jelas dalam senarai pencalonan ABPBH 29, antaranya Fara Fauzana atau Fafau tidak tercalon dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan.

Nama Fafau tidak lagi tercalon dalam kategori yang pernah dimenangi olehnya pada ABPBH lepas iaitu Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.

ZF_5729-e1428342688958


Walaupun demikian menurut Fafau kepada sebuah portal berita, perkara itu sedikit pun tidak mengganggu fikirannya kerana dia sendiri mahu membuka peluang kepada bakat-bakat baru untuk berkecimpung dalam arena pengacaraan.

Pengacara Muzik-Muzik 31 (MM31) ini dilaporkan berkata, dia telah menceburkan diri dalam bidang baharu iaitu mengasah bakat-bakat pelapis dalam pengacaraan televisyen. Itulah juga salah satu mengapa dia meninggalkan stesen radio HOT FM setelah hampir satu dekad mengendalikannya.

“Saya telah lama menjadi perhatian ramai. Sudah tiba masanya untuk saya memberi peluang kepada pendatang baru untuk bersinar,” ujarnya.

MuzikMuzik 31
Janna Nick, Juzzthin dan Zooey

Antara tiga muka baharu yang kini bergandingan dengan Fafau dan Fizie HOT FM mengacarakan MM31 ialah Janna Nick, Juzzthin dan Zooey. –MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori