Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Parti Warisan Sabah, Nama...

PUTRAJAYA - Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini...

Nga Tak Perlu ‘Bersilat’...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata Pengerusi...

Pasukan Mencari MH370 Abai...

PENYELIDIK berkata mengabaikan “arus Stokes” atau aliran arus lautan boleh mengakibatkan kesilapan besar...

Koleksi Setem Khas Rai...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini mengeluarkan koleksi setem...

Ford Yakin Kekalkan Momentum Jualan Tahun Ini

PETALING JAYA – Ford Motor Company yakin dapat mengekalkan momentum jualannya di Malaysia, dipacu oleh empat model baharu yang diperkenalkan tahun ini.

Pengarah Urusannya bagi Malaysia dan Pasaran Sedang Pesat Membangun Asia Pasifik David Westerman berkata 12,130 kenderaan Ford dijual pada 2015.

“Kami akan membawa masuk kereta, trak dan kenderaan utiliti sukan (SUV)terbaik kami ke Malaysia dan kami yakin ia akan diterima oleh pengguna Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan model New Focus, di sini, hari ini.

Generasi ketiga Ford Focus menawarkan tiga varian dengan model enjin turbocharged 1.5 litre EcoBoost berharga RM118,000 manakala versi Sport dan sedan Titanium berharga RM139,888 setiap satu tanpa insurans di Semenanjung Malaysia.

Westerman berkata Ranger dijangka kekal sebagai kenderaan Ford paling laris di Malaysia tahun ini, diikuti model sporty Fiesta.


“Kami mempunyai harapan tinggi bagi model New Focus kerana kami percaya ia merupakan kereta kompak paling berkuasa dalam pasaran ketika ini,” katanya.

Terdahulu bulan ini, Ford melancarkan kenderaan pelbagai guna tujuh tempat duduk ‘S-Max’, dan syarikat itu dijadual memperkenalkan versi berwajah baharu Everest SUV dan kereta sport Mustang dalam separuh pertama 2016, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ford

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori