Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

STING Tahan 11 Individu,...

KUALA LUMPUR - Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya...

Ponteng Kerana Ketagih Main...

KUALA LUMPUR - Permainan Video Berperanan Berganda Dalam Talian atau lebih dikenali sebagai...

Penuntut IPT Bebas Sertai...

PETALING JAYA - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bebas menyertai kempen politik di...

Larangan Pekerja Hotel Bertudung...

PUTRAJAYA ā€“ Tindakan melarang pekerja wanita Islam bertudung bertugas di bahagian hadapan sektor...

Fouziah Gous Nafi Dengki Dengan Gaun Pengantin Anzalna Nasir

SEBELUM ini bertebaran khabar angin mengatakan seorang aktres menghasut pereka fesyen yang mereka gaun pengantin pelakon Anzalna Nasir agar mereka busana itu secara ala kadar sahaja.

Dan tidak semena-mena nama Fouziah Gous dikaitkan sebagai pelakon yang cemburu dengan gaun Anzalna itu.

Tidak cepat melatah dengan dakwaan itu, Fouziah yang dilaporkan portal hiburan tempatan malah menyifatkan perkara itu adalah suatu hal yang mengarut dan tidak betul sama sekali.

“Saya rasa sangat mengarut dan kelakar bila ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang dengkikan baju persandingan Anzalna, walaupun saya tak pernah membaca gosip tersebut.

“Tak ada sebab untuk saya berbuat seperti itu kerana hubungan kami agak rapat dan sebelum majlis perkahwinan Anzalna lagi, kami sudah berbual mengenai baju yang dihasilkan Cosry.

“Kalau ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang cemburukan Anzalna menerusi status di laman Instagram saya, saya rasa mereka tak pandai baca.


“Terus-terang saya letakkan hashtag baju pengantin ‘win’ (menang) dan saya juga naikkan status itu dalam nada bergurau. Bagi saya setiap wanita ada kecantikan mereka yang tersendiri pada hari perkahwinan mereka,” katanya.

Siapalah yang bawa mulut tu kan… Tak mungkinlah Fouziah cemburu dengan Anzalna sebab jika diperhatikan mereka memang rapat di antara satu sama lain.

Mungkin Fouziah bergurau je kot, tapi tak pasal-pasal orang ingat dia cemburu. Macam-macam hal.. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori