Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

10 Kolej Tingkatan 6...

KUALA BERANG - Sebanyak 10 Kolej Tingkatan Enam Mode 1 di seluruh Malaysia...

Kematian COVID-19 Global 73,139...

PARIS - Korban COVID-19 global meningkat kepada 73,139 kematian, menurut satu laporan yang...

Tindakan Tegas Banteras Tonto,...

KOTA BHARU - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan menyarankan tindakan tegas perlu...

Najib Mohon Jadi Pencelah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk menjadi...

Gagal Hadir Mahkamah, Peniaga Dikenakan Waran Tangkap

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang peniaga kerana gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan gagal mendaftar perniagaannya bagi Cukai Barang dan Perkhid­matan (GST).

Hakim Mohd Azhar Othman kemudian menetapkan 4 April ini untuk sebutan semula kes.

Khairil Nashreez Ngah, 33, menghadapi pertuduhan gagal memohon kepada Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mendaftarkan perniagaannya untuk GST sebelum cukai itu dilaksanakan pada 1 April 2015.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 10 Mac 2015 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, Kuala Terengganu.


Dia didakwa mengikut subseksyen 184 (2) Akta GST 2014 (Akta 762) dan boleh dihukum di bawah seksyen 96 akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa JKDM Terengganu Mohd Redzuan Hamdan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori