NEW YORK – Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yaman mengumumkan satu gencatan senjata membabitkan negara berperang itu bermula 10 April ini disusuli rundingan damai baharu mulai 18 April di Kuwait.
Ismail Ould Cheikh Ahmed melakukan pengumuman itu dalam satu sidang media selepas rundingan panjang dengan kerajaan diiktiraf antarabangsa dan pemberontak Syiah serta beberapa negara serantau termasuk Amerika Syarikat dan Perancis.
Cubaan terdahulu untuk melaksanakan satu gencatan di Yaman gagal dilaksanakan di lapangan dengan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar syarat gencatan.
Negara paling miskin dunia Arab itu dilanda pergolakan antara kerajaan diiktiraf antarabangsa yang disokong pakatan diterajui Arab Saudi dan pemberontak sekutu kepada bekas presiden, Ali Abdullah Saleh. – AP/BH ONLINE