PENYANYI Hafiz Suip, 26; dihantui perasaan gementar dan gemuruh menjelang majlis pernikahannya dengan pasangan Nureffy Jasreel Abdullah, 22; yang bakal berlangsung pada 14 Mei depan.
Mereka berdua telah melangsungkan pertunangan pada 27 Februari tahun lepas.
Perasaan itu hadir tatkala masa tinggal berbaki dua bulan sahaja lagi, bukan hanya Hafiz yang berasa sedemikian, kami percaya semua bakal pengantin yang ingin melangkah ke fasa baharu turut menghadapi situasi sama, baik di pihak lelaki mahupun perempuan.
Menurut beberapa laman portal gosip terkenal tanah air, Hafiz akui gementar kerana semua tanggungjawab yang dipikul oleh bakal bapa mertuanya akan berpindah ke bahunya.
Pada masa yang sama menyaksikan adik dan rakan baiknya Akim yang baru sahaja mendirikan rumah tangga menambahkan debaran dihatinya.
Walau apapun, dia akan bersedia dari segi mental dan fizikal jelasnya kepada portal tersebut.
Tambah Hafiz lagi, majlis yang bakal diadakan adalah secara bersederhana sahaja, kerana baginya apa yang penting adalah ijab dan qabul serta menfokuskan bagaimana untuk meneruskan kehidupan setelah berumah tangga.
Majlis ijab dan qabul akan diadakan di kampung halaman mereka iaitu di Kuching, Sarawak.
Menurut kata juara Akademi Fantasia Ketujuh ini, persediaan untuk hari bahagia mereka kini berbaki 30 peratus sahaja lagi. Hanya tinggal mecetak kad jemputan dan senarai tetamu-tetamu yang bakal hadir sahaja.
Hafiz memilih tema ‘garden wedding’ untuk persandingan beliau nanti. Majlis akad nikah akan berlangsung pada sebelah siang manakala majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam.
Keesokannya adalah majlis bertandang memandangkan mereka berasal dari negeri yang sama bagi memudahkan keluarga kedua-dua belah pihak.
Dalam pada dihimpit perasaan gemuruh dan gementar, Hafiz juga berkongsi perkembangan terkini beliau yang turut sama dalam konsert ulang tahun ke – 20 Dato’ Siti Nurhaliza and Friends yang akan diadakan pada April ini.
Menurutnya, konsert tersebut akan menampilkan penyanyi pujaan Malaya Dato’ Siti Nurhaliza dan beberapa artis terkenal tanah air seperti Faizal Tahir, artis dari seberang seperti Chakra Khan, Afgan dan artis antarabangsa Anggun, jelas beliau kepada portal tersebut. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=FkRv1_u6GXk]