Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Warga Malaysia IQ Rendah...

KUALA LUMPUR - Pausi Jefridin, seorang warga Malaysia dari Sabah yang mempunyai tahap...

Lelaki 21 Tahun Kahwini...

BOGOR - Tidak pasti sama ada kisah cinta pasangan ini manis, buta atau...

Guru Maut, 2 Parah...

KOTA TINGGI - Seorang guru maut dan dua lagi parah apabila mereka tercampak...

Skim Projek Perumahan Boy...

SKIM perumahan DBI Properties yang dimiliki oleh bekas pelakon, Boy Iman sebenarnya tidak...

Harga Ladang Mempelam Harum Manis Dijangka RM25 Sekilogram

RAU – Harga ladang bagi mempelam harum manis musim 2016 bermula April ini dijangka mencecah tidak kurang daripada RM25 sekilogram berbanding antara RM18 hingga RM23 sekilogram mengikut gred tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pertanian Perlis, Zulkepli Amin Jusoh berkata kenaikan itu ekoran kemerosotan pengeluaran akibat fenomena El Nino yang melanda negara sejak Disember tahun lepas.

Beliau berkata selain itu, ia juga sejajar dengan kos upah membalut buah, penjagaan dan mendapatkan air untuk menyiram pokok pada musim kemarau.

Katanya musim panas tidak menjejaskan pokok harum manis yang mengeluarkan bunga tetapi hujan dalam bulan Januari lepas telah menyebabkan bunga atau putik tumbuhan itu luruh.

“Oleh sebab itu kita menjangka harga tahun ini lebih tinggi selain berat buah setelah diperam susut 15 hingga 20 peratus. Jadi, peniaga terpaksa menjual lebih tinggi bagi menampung kerugian mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran kempen peningkatan hasil padi dan penggunaan benih padi sah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Ahmad Bakri Ali di sini hari ini.


Zulkepli Amin berkata kesan hujan pada Januari lepas menimpa lebih 50 peratus pokok harum manis yang sedang berbunga termasuk ladang di Bukit Bintang dan Bukit Air milik Jabatan Pertanian Perlis.

Beliau berkata kejadian seumpama itu pernah berlaku pada 1978 dan 1997 mengakibatkan pengeluaran terjejas teruk.

Pengeluaran musim ini dijangka sebanyak 1,600 tan metrik sahaja berbanding lebih 3,000 tan metrik bernilai lebih RM60 juta tahun lepas, tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori