Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PPsi Dilaksanakan Bagi Murid...

PETALING JAYA – Mulai tahun 2022, Pentaksiran Psikometrik (PPsi) akan dilaksanakan bagi murid...

Ibu Maut, Bayi Terkeluar...

PASIR MAS - Tiga termasuk wanita dan bayinya yang terkeluar dari kandungan maut...

Tak Boleh Berhimpun Atau...

MELAKA - Polis hari ini mengingatkan para penyokong parti politik di negara ini...

3 Tuduhan Baharu Najib...

KUALA LUMPUR - Kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

Harimau Terlepas Cetus Panik Pengguna Lebuh Raya

KEHAIRANAN dan terkejut… Mungkin itulah yang dirasai oleh pengguna lebuh raya di Doha, Qatar apabila pemandu kenderaan melihat kelibat seekor harimau belang yang berkeliaran di atas jalan raya.

Gambar-gambar dan video yang viral menerusi laman sosial tempatan menunjukkan binatang liar berkenaan seolah-olah kebingungan dan keliru setelah ia tiba-tiba terjatuh dari sebuah lori pengangkut haiwan.

Mamalia keluarga kucing itu dilaporkan berkeliaran antara kereta yang berada di lebuh raya domestik itu. Harimau tersebut dilihat memakai rantai dan berkemungkinan ia adalah haiwan peliharaan seseorang.

Capturetgr

Menurut beberapa pengguna laman Twitter, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan pada Selasa (8 Mac), namun tidak dapat dipastikan bagaimana ia mula berlaku.

Mujur tiada kemalangan dilaporkan berlaku sepanjang mamalia itu santai ‘lepak’ atas lebuh raya ibu kota Qatar itu dan semua pemandu terpaksa berhati-hati untuk mengelak terlanggar haiwan tersebut.

Harimau tersebut kemudiannya berjaya ditangkap dan kelihatan empat orang lelaki menolaknya kembali ke dalam lori berkenaan lapor BBC NEWS.


CdA9CT8XEAApYVH

CdBANoAW4AAL7qO

Masih menjadi tanda tanya siapa pemilik Pak Belang berkenaan. Walau bagaimanapun, ia dipercayai dimiliki oleh golongan hartawan yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.

Namun menurut seorang kolumnis, Sultan Al-Qassemi dalam tweetnya, keterujaan dalam kalangan anak-anak hartawan memelihara haiwan liar kian melampau. –MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=xYQHNWBSuu4]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori