Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Nurul Nizam’ Ditahan, Ugut...

Johor Bahru - Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Banjir Di Terengganu, Kelantan...

KUALA LUMPUR - Keadaan di dua negeri pantai timur Semenanjung melibatkan Terengganu dan...

Kelantan Komited Guna Amalan...

Kota Bharu : Jabatan Perhutanan Kelantan (JPNK) komited untuk memastikan semua kawasan Hutan...

Wanita Iran Protes Buka...

UNTUK pengetahuan anda, wanita Iran sebenarnya terikat dengan kewajiban menutup kepala apabila keluar...

Haron Din Stabil, Anak Nafi Cerita Kritikal

KUALA LUMPUR – Syukur alhamdulillah, tahap kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin stabil dan tidak kritikal.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Dr. Huda Haron kepada media tempatan menerusi aplikasi Whatsapp, namun bapanya itu dikatakan masih lagi menjalani sesi rawatan di IJN sehingga kini.

“Alhamdullilah keadaan Tuan Guru semakin stabil dan sebenarnya tidak kritikal, masih perlu pemantauan rapi dan ubatan infusi. Tuan Guru sedar sepenuhnya cuma sakit dada masih belum reda secara mutlak,” kata beliau.

Tambah Huda lagi, Haron juga telah berpindah dari Unit Rawatan Koronari ke wad biasa di institut berkenaan. Terdahulu, terdapat penyebaran berita tentang keadaan Haron yang dikatakan nazak sejak petang Khamis.

najibharondin


Ini mencetuskan suasana sensasi dalam kalangan netizen apabila sebaran khabar angin tersebut turut meminta agar semua pihak terus-menerus mendoakan kesihatan beliau agar dipermudahkan segala urusan semuanya.

Haron, 75, yang berasal dari Kangar, Perlis dan aktif menyertai PAS pada 1974; pernah menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari IJN berikutan masalah jantung yang dialaminya tahun lalu sebelum beliau dibenarkan keluar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malah turut meluangkan masa dengan menziarahi beliau pada ketika itu di sebalik kesibukan jadual ketat pelbagai urusan rasmi yang padat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori