Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gaji Penyerang Pahang, Gopi...

Kuantan - Penyerang lincah Pahang, R Gopinathan menafikan menerima tawaran gaji RM200,000 sebulan...

24 Individu Ditahan Dalam...

ALOR SETAR - Polis menahan 24 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dalam 'Op...

Tun Mahathir Guna UMNO...

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan Tun Dr....

Kerap Bermain TikTok, Suami...

JAKARTA: Gara-gara sering bermain TikTok, seorang wanita di Jakarta dirantai oleh suaminya bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan aplikasi tersebut, lapor laman berita Suara.com.Video yang tular itu dikongsikan seorang pengguna dengan nama @ann***.Si suami sudah tidak tahan sangat la tu.

Hudud PAS Bukan Di Tangan Amanah, DAP

KUALA LUMPUR – Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud menerusi pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak ditentukan oleh undi Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan masa depan Pas hanya ditentukan oleh satu undi rakyat Malaysia yang masih menyokong perjuangan parti Islam itu.

“Dia (Amanah) satu undi sahaja, masih berjuta-juta undi lagi, dia tak setuju, banyak lagi yang boleh bersetuju,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, semalam.

Beliau mengulas gesaan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad pada Sabtu lepas yang menuntut Pas berhenti mempolitikkan hukum hudud dan memohon maaf kerana pendirian Pas yang mengelirukan.

Perkara itu timbul selepas Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mendakwa Pas mencapai persetujuan bersama bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Pendirian terbaru itu timbul selepas Pas dan Ikatan menubuhkan blok pembangkang baharu pada Rabu lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Abdul Hadi juga menegaskan hubungan Pas dan PKR di Selangor masih kekal seperti biasa khsusnya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Kita masih dalam gabungan kita sendiri (dengan PKR). Terpulang kepada pihak lain untuk terima konsep kita atau tidak.


“(Pas) Selangor masih lagi dalam kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata lagi, Pas-Ikatan tidak akan bertanding dengan Pakatan Harapan dalam kawasan sama pada PRU14 akan datang.

Ini kerana tegasnya blok pembangkang baharu itu tiada kaitan kerjasama politik dengam DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan.

“Kita bersendiri, takkan duduk dengan Pakatan Harapan, kita masih dalam gabungan kita sendiri, terpulang kepada mereka sama ada nak terima konsep kita atau tidak,” katanya.

Ditanya tentang Pas-Ikatan mampu memberi saingan kepada Pakatan Harapan, Abdul Hadi bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk menilai perkara itu.

“Kita tunggu dan lihat, terlalu awal untuk saya jelaskan,” katanya lagi. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori