Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

ATM Hantar 2 Pegawai...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar dua pegawainya bagi mengiringi bekas...

Hospital Swasta Kurang Ubat...

KUALA LUMPUR : Hospital swasta berdepan kekurangan ubat-ubatan bagi merawat masalah saluran pernafasan...

Dikecam Hina Vegan Dengan...

HANYA kerana memuat naik gambar sarapan pagi berupa telur dan daging, pegawai polis...

2,286 Kes Keganasan Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,286 kes keganasan rumah tangga direkodkan dari 2013 sehingga...

IKEA Tarik Balik Tapak Lampu Dan Lantai Meja GOTHEM

KUALA LUMPUR – IKEA sedang menarik balik semua tapak lampu lantai (T124sm) dan meja (T35sm dan T45sm) GOTHEM berikutan risiko kejutan elektrik.

Menurut syarikat multinasional itu, penarikan semula produk tersebut dilakukan berikutan terdapat beberapa contoh kerosakan pada kabel dalam tapak lampu.

“Kabel yang rosak boleh menyebabkan bahagian logam pada lampu hidup secara elektrik dan boleh menjadi bahaya keselamatan,” kata IKEA dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, setakat ini IKEA di luar negara telah menerima laporan kejadian daripada dua pelanggan dan seorang kakitangan gedung yang terkena kejutan elektrik. Bagaimanapun, tiada kejadian seumpamanya dilaporkan di Malaysia.

Tapak lampu GOTHEM dijual di semua pasaran IKEA sejak Oktober 2015.

“Kami ingin menggesa semua pelanggan yang memiliki tapak lampu tersebut agar berhenti menggunakannya dan mengembalikannya semula ke mana-mana gedung IKEA untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya,” kata IKEA.


Pelanggan tidak perlu mengemukakan bukti pembelian (resit) bagi mendapatkan bayaran balik penuh, menurut IKEA yang turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan IKEA menerusi talian 03-7958 7575. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • IKEA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori