Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

DJ Disko Biadab Adun...

TUNIS - Sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup setelah tular satu rakaman...

LTTE: Permohonan Ikat Jamin...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ikat jamin...

Minta Pelaksanaan COSS Dikaji...

IPOH - Kerajaan Perak meminta kementerian berkaitan mengkaji dan memperhalusi beberapa perkara susulan...

Polis Pantau Pelajar Sekolah...

KUALA NERANG - Polis sentiasa memantau pelajar sekolah yang terbabit dalam kegiatan dadah...

Ilusi Sekeping Gambar Dan Bilangan Wanita Di Dalamnya

BERAPA ramai perempuan sebenarnya dalam gambar ini?

Itulah persoalan yang menerpa minda para pelayar laman sesawang selepas ia dimuat naik ke laman Instagram minggu lepas dan telah dikongsi sebanyak 12,800 perkongsian.

10946432_629388883834123_815237166_a
Tiziana Vergari

Gambar tersebut asalnya dimuat naik oleh Tiziana Vergari, 43; sebagai sebahagian daripada satu projek hujung minggu hashtag Instagramnya.

Namun tanpa disangka ia telah menjadi viral dan ribuan yang cuba meneka berapa ramai individu yang berada di dalam gambar tersebut.

Ternyata gambar milik jurugambar berbangsa Swiss itu mempunyai ilusi optik yang tersendiri dan ‘mengganggu’ fikiran sesiapa yang sahaja yang melihatnya.

324673EC00000578-3496314-image-a-91_1458188957709

Foto terbabit telah menarik ribuan komen, menyebabkan ramai yang sanggup berdebat mengenai bilangan sebenar wanita dalam gambar itu.


Ada yang meneka seramai dua, empat, lima dan juga 13 orang, malah ada yang mengatakan ianya hanya kembar dua atau tiga.

Walau bagaimanapun, persoalan itu telah dirungkai oleh pemilik foto itu sendiri iaitu Tiziana, menyatakan hanya terdapat dua orang sahaja pada gambar tersebut.

Dan kedua-dua individu itu pula adalah anak perempuannya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=-IWk5NkxQF8]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori