Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan Bot Nelayan...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak menahan sebuah bot nelayan...

Sarawak Rekod 92 Kes...

KUCHING - Sarawak merekodkan 92 kes baharu gigitan haiwan merangkumi  42 kes  di Serian,...

Perang Bendera, Poster Meriah...

PORT DICKSON - Menjelang hari pengundian awal esok, bahang kehangatan Pilihan Raya Kecil...

Punca Pengangkat Segmen MRT...

KUALA LUMPUR - MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) akan menyiasat...

Imam Perlu Peka Ancaman Cuba Cemar Agama Islam, Titah Sultan Selangor

KLANG – Imam di Selangor perlu peka dalam menghadapi ancaman yang cuba mencemar agama Islam serta usaha menganggu gugat keamanan dan ketenteraman negara, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah ancaman itu datang daripada umat Islam sendiri melalui beberapa pendekatan, antaranya militan Daesh; fahaman pluralisme dan liberalisme; gerakan anti-hadis dan golongan sesat seperti kumpulan Qadiani serta penyelewengan akidah yang dibawa melalui amalan bertarekat.

“Imam-imam mestilah menekankan bahawa kita di Selangor ini mengamalkan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah,” titah baginda pada istiadat pengurniaan watikah lantikan kepada 827 imam di Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini hari ini.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Sultan Sharafuddin bertitah, melihat kepada bahayanya ancaman-ancaman tersebut yang boleh meruntuh dan melemahkan pegangan akidah umat Islam, para imam perlu memainkan peranan besar dalam mendidik, mentarbiyah dan memberi kefahaman Islam kepada ahli-ahli kariah.

Baginda bertitah langkah itu dapat dilakukan dengan para imam sendiri terlibat dalam membimbing program kuliah dan pengajian di masjid masing-masing untuk memberi kesedaran kepada ahli kariah.

Sultan Selangor turut menegaskan supaya imam-imam mengambil serius mengenai arahan dikeluarkan oleh pihak MAIS supaya tidak memanggil penceramah, pendakwa dan khatib yang tidak mempunyai tauliah daripada MAIS.

“Beta juga telah menitahkan agar penceramah-penceramah dari luar negara tidak dibenarkan sama sekali untuk menyampaikan ceramah di masjid-masjid di Selangor kecuali Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam dan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang,” titah baginda.


Menurut Sultan Sharafuddin, ia bagi mengelak penularan dan penyebaran fahaman serta doktrin salah yang mudah masuk dan diterima oleh masyarakat Islam di negeri ini.

Titah baginda lagi, masjid adalah tempat untuk beribadat, belajar dan berbincang mengenai ilmu agama bagi meningkatkan lagi tahap keimanan serta kualiti dalam ibadat.

“Masjid bukanlah tempat untuk menyebarkan fitnah dan berita yang tidak tepat serta hasutan untuk membenci seseorang atau memboikot sesuatu. Masyarakat Islam di zaman moden dan serba canggih ini perlu bijak dalam memilih sumber maklumat sebagai panduan dalam kehidupan,” titah baginda.

Sultan Selangor turut menasihati pegawai masjid supaya terus memelihara kemuliaan institusi masjid daripada dicemari elemen yang boleh merosakkan perpaduan dan kesatuan ummah.

“Jadikanlah masjid tempat yang paling dihormati dan asas membina masyarakat. Justeru, janganlah cuba menyalahkan pihak berkuasa jika sesuatu tindakan diambil akibat tidak mematuhi nasihat, arahan atau teguran daripada MAIS dan JAIS,” titah baginda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori