Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MAS Tawar Tambang Rendah...

SUBANG - Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang perjalanan...

Ismail Sabri Nafi Ada...

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan wujudnya dua kem dalam...

Demo Duduk Sampai Maszlee...

NEKAD... Empat siswa tekad ‘demo duduk’ di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari...

Panglima TLDM Terima Anugerah...

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin...

Imigresen Tawau Tahan 20 PATI Dalam Operasi Bersepadu

TAWAU – Jabatan Imigresen Tawau menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam dua operasi berasingan semalam.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata dalam operasi bersepadu dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) itu, 11 daripada PATI berusia antara 18 dan 51 tahun berkenaan merupakan warga Indonesia manakala selebihnya, warga Filipina.

“Ketika pemeriksaan, ada dalam kalangan mereka cuba meloloskan diri namum gagal kerana kawasan berkenaan dipantau lebih awal,” katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Kesemua yang ditahan akan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.


Menurut Noraini operasi berkenaan bermula seawal 3 pagi di Brantian dan Kilometer 58, Jalan Kalabakan, diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah Mohd Sharifuddin Salim.

Sementara itu, Noraini berkata operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kehadiran PATI di daerah ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori