VOKALIS kumpulan Maroon 5, Adam Levine dan isterinya supermodel Behati Prinsloo kini sedang menantikan kelahiran anak sulung mereka.
Behati, model jenama pakaian dalam terkenal Victoria’s Secret dilaporkan sedang hamil empat bulan dan dijangka melahirkan bayinya pada bulan Ogos ini.
Pasangan ini berkahwin pada Julai 2014 dalam satu majlis tertutup di Mexico.
Perihal hamil isterinya itu dikongsikan Adam menerusi laman web E! dan dia secara berjenaka turut berkata, mengidam punyai 17 orang anak.
“Saya nak 17 orang anak. Boleh kan? Sebab saya sangat sukakan kanak-kanak,” katanya.
Sementara itu, Behati menitipkan ucapan romantis sempena ulang tahun kelahiran Adam yang ke-37 menerusi laman Instagramnya dengan menulis, “Selamat hari jadi kepada cinta hati saya. Segalanya kelihatan suram dan tidak bermakna tanpa anda di sisi #besthusband”.
Behati juga memuat naik gambar dirinya didukung Adam dengan ekspresi muka comel menjelirkan lidahnya. – MYNEWSHUB.CC