Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Murid Melecur Ketika Amali...

SITIAWAN - Kejadian empat murid tahun dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Maha...

Video: Ramai Gali Kepak...

SIBU - Rakaman video orang ramai sibuk mengorek lubang dan mengutip kepak ayam...

PAS Tak Rugi Jika...

KUALA LUMPUR - PAS tidak rugi jika ada mana-mana bekas pemimpinnya yang tewas...

Chong Wei Kekal Di...

KUALA LUMPUR - Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei kekal di tangga...

Jagung Bijirin Perlu Diusahakan Di Luar Kawasan Jelapang Padi

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu penanaman jagung bijirin dilakukan di luar kawasan jelapang padi bagi mengurang kebergantungan negara kepada pengimportan bahan makanan ternakan ayam.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kini tanah di luar kawasan jelapang padi adalah seluas 280,000 hektar.

“Kita merasakan tanah di luar kawasan jelapang lebih sesuai kerana permukaannya yang rata dan boleh dimulakan proses penanaman,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Kedaulatan Makanan di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika musim kering yang padi tidak sesuai ditanam adalah masa yang sesuai untuk jagung bijirin pula ditanam terutama di kawasan luar jelapang padi.

Tambahan pula hasil dan nilai keluaran bijirin tanaman jagung adalah lebih tinggi berbanding hasil pengeluaran padi yang boleh menarik minat pesawah untuk menyertai program tanaman itu, katanya.

Ahmad Shabery berkata kementerian tersebut sedang mengenal pasti beberapa daerah yang sesuai untuk dijadikan model penanaman jagung bijirin.


Beliau berkata penanaman seperti jagung bijirin merupakan rancangan kementerian untuk memantapkan kedaulatan makanan negara dengan tidak terlalu bergantung kepada bahan import yang dianggarkan import bijirin jagung bagi makanan ayam adalah bernilai RM3.1 bilion setahun.

“Kita tidak boleh terlalu terdedah kepada naik turun nilai dolar (Amerika Syarikat) untuk pengimportan bahan input pertanian. Buat masa ini negara mengimport hampir 100 peratus bahan input pertanian,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori