Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agong Sedih Kakitangan Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan...

Guna Teknologi Moden Bangunkan...

TAWAU - Masyarakat peladang, penternak dan nelayan di Sabah perlu menguasai penggunaan teknologi...

Bina Patung Seks Tanah...

BIMBANG dengan musim kemarau yang melampau, penduduk kampung Baan Na, Phetchabun, Thailand terpaksa...

90 Peratus Pemain TRW...

KUALA LUMPUR - "Tidak mengapa kita tidak punya `dream team' kali ini," kata...

Jangan Jadi ‘Ketam Dalam Bakul’ – Ku Nan

SHAH ALAM – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua ahli Umno supaya tidak bersikap ‘ketam dalam bakul’ yang sanggup berbuat apa sahaja demi melihat parti tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung Umno berkata demikian bagi merujuk kepada pengumuman bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini untuk bersama-sama pembangkang dan rakyat dalam menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin dalam Umno dinasihatkan supaya tidak mempunyai sikap buruk yang boleh merosakkan parti.

“Ketam dalam bakul akan berbuat apa sahaja bagi merosakkan hasrat mereka yang mahu ke hadapan.

“Kita seharusnya setia kepada kepimpinan Umno. Kita ada sistem pilihan raya dan Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih secara rasmi menerusi sistem berkenaan.

“Jadi mengapa kita hendak runtuhkan institusi ini? Jangan jadi seperti ‘ketam dalam bakul’ dan janggan musnahkan parti,” kata Tengku Adnan pada majlis perasmian mesyuarat Umno cawangan dan sayap parti di sini, Sabtu malam.


Setiausaha Agung Umno itu berkata, beliau mahu semua ahli parti bersatu-padu bagi memastikan parti terus kukuh.

Tengku Adnan berkata, beliau telah bersemuka dengan Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta mereka supaya berhenti mengadakan serangan terhadap Najib.

“Bagaimanapun, mereka angkuh (untuk terima permintaan saya).

“Keadaan tidak akan berlaku seperti hari ini sekiranya tiada yang bersikap angkuh,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori