Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Caj Kesesakan Bagi Tol...

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoalkan logik melaksanakan caj...

Hati-Hati, Perompak Jadi ‘Penoreh’...

MENJELANG musim perayaan Aidilfitri, pastinya semua orang teruja untuk membeli-belah barang keperluan serta...

Sultan Muhammad V Tidak...

KUALA LUMPUR - Sultan Muhammad V yang diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15...

22,030 Kes Covid-19 Direkodkan...

PUTRAJAYA ā€“ Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 22,030 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes...

Janin Lelaki Ditemui Dalam Lubang Tandas Klinik Kesihatan

JOHOR BAHRU – Satu janin lelaki, yang dianggarkan berusia enam bulan, ditemui di dalam lubang tandas di Klinik Kesihatan Ayer Baloi dekat Pontian, semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Zakaria Abd Rahman berkata janin yang sempurna sifat itu ditemui seorang pembantu kesihatan awam klinik berkenaan pada 11 pagi.

“Pembantu kesihatan awam berkenaan memeriksa tandas itu selepas seorang kakitangan klinik memberitahu ia tersumbat.

“Selepas tandas itu dipam, pembantu kesihatan itu menemukan janin berkenaan yang menyebabkannya tersumbat,” katanya semasa dihubungi hari ini.


Zakaria berkata objek itu kemudian disahkan sebagai janin oleh seorang doktor yang bertugas di klinik itu dan laporan mengenainya dibuat di Balai Polis Ayer Baloi pada 12.10 tengah hari semalam.

Beliau berkata janin itu dihantar ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • janin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori