Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Korea Utara Godam Sony...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama kelmarin menyatakan, firma Sony melakukan...

Bekas Senator Akbar Ali...

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Dewan Negara, Datuk Akbar Ali kembali ke rahmatullah...

Malaysia, Perancis Bincang Jet...

PUTRAJAYA - Isu jet pejuang Rafale Perancis dibangkitkan dalam perbincangan Malaysia dan Perancis...

Cara Cantik Di Rumah...

NAK cantik? Semua orang memang nak cantik. Percayalah yang semua wanita mesti mahukan...

JDT Buka Pejabat ‘Kedutaan’ Di Luar Negara

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membuka pejabat di luar negara.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, pejabat itu akan dibuka di empat buah negara asing.

“JDT akan membuka pejabat JDT di empat buah negara iaitu di Singapura, Thailand, Indonesia dan Jepun,” titah baginda dalam satu kenyataan semalam.

Tunku Ismail bertitah, pejabat JDT itu berfungsi seperti ‘kedutaan’ untuk JDT di luar negara ini.

Titah baginda, ia sebahagian daripada perancangan tersusun demi masa depan JDT.


“Ia berkaitan pemasaran, pencarian bakat, penjenamaan serta memudahkan urusan penyokong JDT yang berada di negara tersebut,” katanya.

Tunku Ismail dalam pada itu menyindir, baginda tidak peduli pihak yang meniru ideanya tetapi kasihan kerana pihak berkenaan tidak mempunyai idea sendiri. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori