Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Ditahan Belasah Suami...

SEORANG wanita di SW Sadwick Ave, Port St.Lucie, Florida, Amerika Syarikat ditahan pihak...

Lagi Penempatan Haram Pati...

Seremban : Satu lagi penempatan haram pendatang asing tanpa izin (Pati) di negeri...

Helmi Azam Julang Honda...

MOHD Helmi Azman berazam untuk menyekat menjulang Honda dan menyekat dominasi Yamaha daripada...

Wanita Lahir Anak Sambil...

SUDAH menjadi kebiasaan kepada para ibu mengimpikan proses bersalin menjadi sesuatu yang tenang...

Jejambat Baru Pasang Runtuh Di Kolkata, 10 Maut 150 Cedera

KOLKATA – Sekurang-kurangnya 10 orang mati dan 150 lagi cedera apabila sebatang jejambat yang sedang dibina di bandar raya Kolkata runtuh pada Khamis menimpa beberapa buah kenderaan yang bergerak di bawahnya.

Lokasi kejadian tersebut merupakan kawasan perniagaan yang cukup sibuk di bandar raya antara terbesar di India dan merupakan ibu negeri Bengal Barat dengan lima juta penduduk, menurut laporan agensi berita Reuters.

Seorang saksi warga tempatan memberitahu wartawan bahawa tetulang konkrit di bahagian jejambat yang runtuh tersebut sebenarnya baharu sahaja dipasang oleh pekerja pembinaan pada malam sebelumnya itu.

Jentera berat unuk digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat malah sukar dihantar ke tempat runtuhan kerana kedudukan jejambat yang dibina itu kebetulan terlalu dekat dengan beberapa buah bangunan.

Ia juga dihambat oleh keadaan laluan jalan raya yang begitu sibuk. Jejambat besi dan konkrit ini sepatutnya sudah siap tetapi tertangguh beberapa kali sejak mula dibina dalam tahun 2009. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori