Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengutip Besi Buruk &...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri kepingan besi di tapak pembinaan, sepasang suami isteri...

Kehadiran Mukhriz Hanya Tanda...

SEMALAM, selepas penguguran nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam...

Adly Zahari Bukan Pengikut...

MELAKA - Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata Adly Zahari berpegang kepada...

Suspek Pecah Kenderaan Ada...

SEREMBAN – Suspek utama warga Indonesia yang aktif dalam kes pecah kenderaan di...

Jerebu: Tiada Sekolah Di Sabah Ditutup Setakat Ini

KOTA KINABALU – Tiada sekolah di Sabah ditutup akibat jerebu setakat ini, kata Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Maimunah Suhaibul.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan termasuk mendapat nasihat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri dan Jabatan Kesihatan.

“Kami telah dimaklumkan keadaan jerebu di Kuala Penyu sahaja semakin meningkat hari ini, tetapi tidaklah pada paras bahaya.

“Kami sentiasa berhubung dengan JAS dan Jabatan Kesihatan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil dalam semua keadaan berkaitan jerebu ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut laman web JAS mengenai IPU www.apims.doe.gov.my, Kota Kinabalu mencatat IPU tertinggi di Sabah iaitu 56 (paras sederhana) setakat 11 pagi tadi.


Maimunah turut meminta pihak sekolah agar sentiasa memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan keadaan cuaca, termasuk jerebu, di kawasan masing-masing.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah jika keadaan jerebu mencapai tahap bahaya.

“Di samping itu, kami juga meminta semua guru, murid dan kakitangan sekolah supaya sentiasa mengambil perhatian terhadap langkah-langkah keselamatan dan kesihatan, walaupun keadaan jerebu di bawah paras bahaya,” tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori