Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Isu Jentera Kembali Hantui...

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium – Mercedes kembali berdepan ‘penyakit’ lama selepas Lewis Hamilton mendakwa jenteranya...

Najib Tinjau Masalah Hakisan...

PEKAN - Masalah hakisan di pantai Nenasi, dekat sini hari ini mendapat perhatian...

3,454 Anggota, Pegawai PDRM...

PETALING JAYA: Seramai 23,090 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam...

Sikap Berdiam Diri SPRM,...

SHAH ALAM – Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

JKR Kaji Penggunaan Getah Beku Bina Jalan Raya

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan kajian berkenaan penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt untuk turapan jalan.

Timbalan Menterinya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pada masa ini lima projek perintis penggunaan getah beku untuk pembinaan jalan sedang dilakukan dengan satu projek telah disiapkan pada Disember 2015.

“Lokasi kajian yang telah siap tersebut ialah Jalan Gemas-Rompin, Negeri Sembilan manakala empat lagi projek iaitu masing-masing satu di Kedah, Pahang, Kelantan dan Selangor akan dilaksanakan tahun ini.

“Pada masa ini JKR bersama Lembaga Getah Malaysia sedang menganalisis prestasi turapan jalan di lokasi yang telah disiapkan itu,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan getah sebagai satu daripada bahan utama pembinaan jalan raya di negara ini dan apakah halangan atau masalah untuk menggunakan teknologi ini.

Rosnah berkata beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan penggunaan getah sebagai bahan campuran asfalt untuk pembinaan jalan termasuk kuantiti bahan mentah yang mencukupi, kesesuaian peralatan, kualiti bahan bitumen getah yang dihasilkan dan kos berbanding kaedah konvensional.


Katanya, cadangan penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt dalam turapan jalan akan diperluas ke lokasi lain di seluruh negara tertakluk kepada hasil keputusan pelaksanaan projek perintis yang sedang dijalankan.

Pada masa ini, kebanyakan pembinaan turapan asfalt jalan raya di negara ini menggunakan bitumen asli gred 80/100 dan 60/70 sebagai bahan pengikat dalam campuran asfalt.

Penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt dikatakan alternatif yang lebih baik dengan kos yang ekonomik dalam usaha meningkatkan kualiti pembinaan jalan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori