Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dasar Pengurangan Risiko Bencana...

KUALA LUMPUR - Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan yang sedang dibangunkan Agensi Pengurusan...

Apahal Vida? Selalu Taja...

BUKAN dulu dah terkena? Kan dulu mikrofon kena rampas? Kan dulu tengah bercakap...

Gorila Jantan 190kg Belasah...

KIGALI, Rwanda – Seorang jurugambar hidupan liar dibelasah seekor gorila jantan seberat 190...

GST: Harga Barang Naik,...

SEREMBAN - Harga barangan termasuk barangan keperluan asas yang semakin meningkat, sebenarnya antara...

Kabel Dasar Laut Sea-Me-We 5 Di Tuas Siap Dipasang

SINGAPURA – Kabel dasar laut Asia Tenggara-Timur Tengahh-Eropah Timur 5 (SEA-ME-WE 5) berjaya dipasang oleh Singtel di Tuas, Singapura.

Sistem kabel SEA-ME-WE 5 itu sedang dibangunkan oleh konsortium yang terdiri daripada 17 peserta global, termasuk Telekom Malaysia.

Di pihak Malaysia, Telekom Malaysia selesai memasang kabel SEA-ME-WE 5 di Melaka pada Januari tahun ini.

Singtel, dalam gambarannya mengenai keupayaan kabel berkenaan dilaporkan berkata bahawa ‘ia membolehkan 4,800 filem definisi tinggi dimuat turun dalam tempoh sesaat’.

Berdasarkan kemajuannya, projek pemasangan 20,000 kilometer kabel itu dijangkakan siap menjelang hujung tahun.


Syarikat telekomunikasi itu berkata kabel itu dijangka memenuhi permintaan empat kali ganda jalur lebar antara Eropah dan Asia dari 2016 hingga 2021.

Sistem kabel itu menyediakan kapasiti 24 terabit sesaat menggunakan teknologi transmisi optik 100 gigabit sesaat.

Projek SEA-ME-WE 5, yang akan menghubungkan 17 negara dari Perancis sehingga ke Indonesia, bermula pada September 2014, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kabel

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori