Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sampai RM1,000 Upah Gadis...

RESTORAN yang menyediakan khidmat gadis karaoke dengan kadar upah antara RM50 hingga RM1,000...

Banjir: 20 Ular Di...

KANGAR — Lazimnya jika jumpa ular tersesat masuk rumah, pihak bomba atau pertahanan...

Ekonomi Malaysia Pada Asasnya...

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia secara asasnya kukuh dan mempunyai daya tahan yang...

Warga Emas Ajal Dihempap...

JEMPOL - Seorang lelaki warga emas menemui ajal akibat dihempap sebutir buah kelapa...

Kaca Dalam Bihun: Kementerian Utamakan Kebajikan Pelajar

PUTRAJAYA – Kebajikan pelajar yang termakan bihun dipercayai tercemar dengan serpihan kaca menjadi keutamaan walaupun kebenarannya belum disahkan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan berhubung situasi terkini kesihatan pelajar terbabit bagi membolehkan langkah seterusnya diambil.

“Walau apa sekalipun, sama ada benar bihun yang dimakan mengandungi kaca atau sebaliknya, kebajikan pelajar terlibat tetap akan kita dahulukan.

“Kalau betul ia kaca, kita kena fikirkan langkah-langkah perlu seperti rawatan selanjutnya terhadap mereka,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

Pada Jumaat lepas, tujuh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dilaporkan akibat termakan serpihan kaca dalam bihun goreng yang disediakan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Mengenai perkembangan terkini pelajar terbabit, Mahdzir berkata tiga daripada mereka masih ditahan di hospital bagi tujuan pemantauan berterusan susulan penemuan objek kecil di dalam usus mereka.


“Punca kes serta kandungan yang dikatakan objek kecil itu masih disiasat,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah diarahkan untuk mengadakan perbincangan segera dengan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi mencari penyelesaian berhubung pelajar menunggang motosikal tanpa lesen ke sekolah.

“Mungkin satu pasukan petugas bersama boleh diwujudkan dalam mencari mekanisme terbaik menyelesaikan masalah itu seperti memudahkan proses pemilikan lesen atau pemberian lesen sementara,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini yang akan mencadangkan kepada kerajaan supaya hukuman dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan individu tidak berlesen memandu kenderaan mereka seperti ibu bapa yang membiarkan anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen ke sekolah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]HVqHeRa2acI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori