Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bagaimana Pandangan Islam Tentang...

Buku Pendidikan Agama Islam yang ditulis Drs H Muslimin menjelaskan bunuh diri sebagai hilangnya nyawa seseorang yang disengaja dengan alat. Allah SWT dalam Al Quran surat Al Mulk menjelaskan, hidup mati adalah kuasaNya,

Beras Cap Rambutan Beras...

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengesahkan tiada bendasing plastik ditemui...

PMSP Dedahkan Sarawak Report...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu akur dengan desakan pembangkang...

Peragut ‘Syaitan’ Gilis Kepala...

KLANG - Peragut 'syaitan' yang menggilis mangsa ragutnya dalan kejadian di Pekan Kapar,...

Kadar Kematian Penyu Meningkat Antara Januari Hingga April

KUALA TERENGGANU – Bulan Januari hingga April setiap tahun mencatatkan peningkatan kematian penyu ekoran tersangkut pada pukat nelayan atau terkena kipas bot yang membawa pelancong.

Ketua Projek Unit Penyelidikan Penyu (SEATRU), Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Juanita Joseph berkata ini dibuktikan menerusi kajian yang dibuat unit itu.

Beliau berkata walaupun kini musim monsun, bilangan nelayan yang turun ke laut masih tinggi kerana ketika ini jumlah ikan akan bertambah banyak.

“Penggunaan pukat yang membahayakan penyu perlu dipantau bagi mengelak kematian haiwan ini berulang di masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian dua ekor penyu dalam tempoh dua hari berturut-turut iaitu di pantai Batu Buruk dan di Dungun.

Juanita berkata kematian penyu-penyu itu dipercayai akibat tersangkut pada pukat nelayan berdasarkan kepada kesan kecederaan pada cengkerangnya.


Beliau berkata selepas April, kebiasaannya kematian penyu akan berkurangan dan jika berlaku, ia disebabkan terkena kipas bot yang membawa pelancong.

“Selepas April, pulau-pulau peranginan di Terengganu mula dibuka kepada pelancong dan risiko kematian penyu akibat dilanggar bot pelancong juga agak tinggi,” katanya.

Sementara itu, data daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menunjukkan terdapat lapan kematian penyu direkodkan di seluruh negeri itu setakat ini.

Daripada jumlah itu, tiga kematian penyu direkodkan di pantai Marang, dua kematian di Pulau Kapas dan masing-masing satu di Seberang Takir dan Batu Buruk manakala satu kematian penyu terbaharu di Dungun, yang ditemui orang awam pagi tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori